Memaparkan catatan dengan label Cerita Ceriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Ceriti. Papar semua catatan

21 Oktober, 2010

Dunia Yang Mencabar !


Salam Jumaat.. semalam tidurku agak lewat, sebelum tido, mp3 ku mengalunkan zikir-zikir penawar hati di telinga.. Subhanallah, tenang sungguh hati, mengalir air mata mendengar alunan lunak memuji Allah S.W.T. Cuma baru-baru ini aku download zikir-zikir ini. Terima kasih kepada penyumbang zikir2 ni.. Boleh download di link ini kalu anda semua berminat. Sungguh,hati menjadi pilu, sedih dan takut bukan kepalang akan balasan Allah.. Betapa besar kuasa Allah, melembutkan hati yang lupa dan asyik dengan dunia.. Semoga hati  kita semua tidak alpa dan  leka dengan warna warni dunia... InsyaAllah...


Aku ingat lagi zaman kecik2 dulu, setiapkali terleka atau tertinggal waktu solat, pasti kaki atau tangan berbirat di sebat dengan rotan atau hanger oleh abah. Besar sungguh jasa ibu bapaku dalam mendidik aku hal solat dari kecil ini. Aku juga seperti manusia lain,kadangkala ada juga masa-masa terleka dari menunaikan solat.. Besar sungguh dosa2ku ini.. tak sanggup rasanya mengenang siksaan Allah atas segala kealpaan.. Dugaan dunia masa kini tambah2 lagi bila berkenaan soal agama begitu mencabar. Di sana sini kita di sogokkan dengan keindahan dunia yang sementara, yang jauh terpesong dari agama islam itu sendiri.


Siaran TV, makin berleluasa pula menayangkan adegan2 yang kurang menyenangkan. Dah tak boleh dah sekarang ni kalu nak tengok TV bersama ahli2 keluarga bersama2. Apa tidaknya, sedang asyik menonton, di paparkan aksi buka baju la, aksi intim la..walhal itu cerita melayu, siap di grade kan untuk tayangan Umum lagi tu. Mana nak menonton bersama2 ahli2 keluarga kalu macamni !Tak ke segan dan kurang senang  ! Itu siaran media kepunyaan malaysia sendiri. Belum campur lagi siaran international yang lain. Yang tonton astro, lagi la macam2 aksi yang tak sepatutnya di tayangkan berleluasa. Sampaikan perkara ni menjadi biasa di kalangan kita. Pada aku, hiburan dari rumah itu sendiri satu faktor besar yang menyumbang pada kes buang bayi ni. Masya Allah..


Sementelah lagi la anak-anak sekarang dah di dedahkan dari kecil lagi dengan teknologi internet. Pautan dosa sekarang ni senang je nak di capai. Pakai CLICK je !


Dua bulan lepas, adik perempuan bongsuku, cari-cari video klip nasyid di you tube. Sepatutnya, bila kita search untuk nasyid islam, keluar yang di taip la kan. Ini tidak, kat tepi list2 carian search tu, ada pulak video tak senonoh di paparkan. apa motifnya?? Cuba fikir, budak2 yang kecil2 ni tau ke nak berfikir??  Yang diorang ade, perasaan curious, diorang tak mampu nak menimbang baik buruk, patut ke tak patut ke. Ini la salah satu jarum2 yang di tusuk oleh mereka yang nak hancurkan islam. Cuma kita kadangkala tak sedar benda2 sebegini.Masya Allah, dasyat sungguh dugaan dunia sekarang..


Masa aku kerja di perak, office aku depan sekolah rendah agama (swasta). Biasalah dinding office,kaca- gelap dari luar-see through dari dalam. Setiapkali time budak2  balik sekolah, ada yang lepak2 depan office sementara tunggu ibubapa diorang datang amik. Satu hari tu, aku nak keluar, dekat pintu keluar tu, aku dengar budak2 sekolah tersebut bersembang. Kalu ikutkan saiz badan tu , aku rasa baru darjah dua atau tiga kot. Tau ape yang diorang bualkan? Sembang hal2 lucah ! Astaghfirullahalazim.. terkejut aku masa dengar tu. Budak2 sekolah agama, darjah 2 @ 3, dah pandai cakap2 tak senonoh camtu. Diorang bersembang hal2 tak senonoh ni macam diorang ni dah kawin.. Aku rasa down sangat2.. apa la perasaan ibubapa mereka kalu tau anak2 yang di hantar ke sekolah (sekolah agama pulak tu!) bersikap camtu.. Bayangkan ini baru budak umur 8 @ 9 tahun dah tahap macamni, budak-budak yang sekolah menengah tu, camne???

Takut sungguh dengan realiti sekarang ni.. Di sekeliling kita, kita terlalu hampir dengan maksiat.. Aku sendiri tidak tahu sekiranya aku di beri peluang menjadi ibu suatu hari nanti , seperti yang aku harap2kan, adakah aku mampu mendidik anak-anak ke jalan yang benar???




12 Oktober, 2010

Anak Kucing Mati @ Kena Kidnap


Minggu lepas,anak kucing kesayangan suamiku mati.. aku pun sedih gak walaupun aku ni sebenarnye fobia kucing. Alkisahnya, anak kucing ni jatuh dari tingkat 5. Camne leh jatuh tu xla di ketahui sebab aku takde kat rumah, suamiku pun keje time tu. Sperti biasa,die balik je keje. terus die pegi check anak kucing tu. Anak kucing ni sume ada 3 ekor, dua ekor putih, seekor lagi berbelang hitam. Mak die pun kaler putih bersih-cam dalam pic kat bawah ni haa.. cute kan !


Ok, sambung cerita.. Bila die cari2 anak kucing, tinggal 2 ekor je. Suamiku biarkan jela sebab selalunya anak kucing ni memang suka duk celah2 almari la, bawah meja la, sume tempat yang tersembunyi memang jadi pilihan depa la.. Tapi dah lebih kurang 15min takde pun nampak tanda2 anak kucing yang seekor ni. Suamiku dah tak senang duduk, terus cari lagi kat segenap sudut, tetap tak jumpa. Nak di jadikan cerita, masa suamiku capai baju die kat ampai, die terpandang bawah nampak macam anak kucing kitorang tersadai kat rumput. Cepat2 suamiku bergegas ke tingkat bawah. Die nak angkat tak berani sebab takut kucing tu patah kat mana-mana, jadi die tunggu situ lebih kurang 10min. Dalam 10min tu xde pun tanda-tanda kucing tu begerak. Suamiku dah sedih tahap gaban. Elok je die bangun, die nampak anak kucing tu bergerak-gerak sikit.Apalagi, terus suamiku angkat dengan hati2 bawa pegi klinik haiwan.

Kat klinik tu, doc cakap rasa2nye boleh sembuh sebab anak kucing ni baru 3/4 bulan, tulang die still lembut,boleh ok balik kalu di beri rawatan yang betul.. So, lepas inject dan di rawat doc, suamiku cakap kat doc tu, bleh tak 2 3 hari tinggal kucing tu kat klinik sebab suamiku takut nak bawa balik umah, in case jadi ape2 sebab kitorang takdelah tau sangat hal2 kucing ni.. kesian pulak kat anak kucing tu. Doc tu cakap boleh tapi kena bayar la . konon2 cam admited  wad la.. Tak kisah la kan, bayar pun bayar la, janji anak kucing tu selamat.

Jadi, suamiku tinggalkanlah kucing tu kat klinik tu. kata suamiku,pembantu doc tu , perempuan india tapi org indonesia, nampak memang suka kucing. Die siap cakap lagi kat suamiku , biar la kucing tu die jaga sampai bila-bila. Tapi suami aku mana nak bagi kan... Die cakap , jaga dalam seminggu boleh la sementara kucing tu kat kat klinik tu. Kebetulan dua hari lepas tu, adik perempuan aku kawin kat kelantan.Suamiku cuti seminggu untuk hadir majlis kawin ni dan tolong ape yang perlu. Aku pulak, memang dah kat kelantan masa tu. Selesai kenduri, suamiku stay dalam 2 hari sebelum balik ke lumut.

Bila dah balik lumut, esok tu terus suamiku pergi klinik haiwan tu. Sedihnya, pembantu doc yang india tu cakap anak kucing tu tak dapat di selamatkan.. Suamiku sedih giler.. Tapi bila suamiku cite balik kat aku, aku rase cam ade yang tak kena je. Bukan la aku nak buruk sangka tapi entahlah, hati kecil aku tak percaya anak kucing tu dah mati macam yang pembantu doc tu bagitau.

Sebabnya, Yang Pertama- kalu ikutkan, sebelum suamiku ambil cuti ke kelantan, die pergi jenguk anak kucing tu, katanya nampak anak kucing tu dah stabil la. Yang kedua- aku teringat cerita suamiku yang pembantu tu beria-ia mintak anak kucing tu dari suamiku untuk di pelihara. Yang ketiga- anak kucing tu katanya mati hari sabtu tapi, xde pun klinik tu nak call inform berita tu sampai suamiku datang ke klinik 5 hari lepas tu-cam tak logik je. takkan tak inform owner kalu anak kucing yang kite tinggalkan untuk di jaga tu mati kan. bukan nye jaga free. bayar okey ! Yang keempat-lepas suamiku settle sume bil, pembantu tu leh tanya kat suamiku, ada tak kawan-kawan yang nak beli anak kucing pasal die nak jual anak kucing yang berusia dalam 3 @ 4 bulan. anak kucing parsi . harga dalam RM500. Mak aii.. anak kucing kitorang yang di dakwa mati tu pun usia 3  bulan lebih jugak - kucing parsi jugak. Dah tu, tak ke aku ni menaruh syak wasangka ..

Masa dengar cite dari suami, aku memang geram habis, tapi aku pulak duk jauh. Susah la kalu nak buat plan pun. Yang suamiku pulak, die macam biasa la, selalu je nak cakap, xpelaaa.. kalu betul die tipu, Tuhan tu ada.. Suami aku ni jenis cool . Katanya, die dah tak nak pk dah pasal ni.. erm.. aku nak cakap lebih2 karang, kesian lak kt suamiku yang tengah sedih time tu. So, sampai la arini, tak di ketahui kesahihan cerita nak kucing comel ni. Samada memang betul2 dah mati atau kat tangan orang lain. apepun, yang penting kalu kucing tu hidup lagi, aku harap die ok dan sihat.. insyaallahh..



Tinggal Kenangan


24 Disember, 2009

DUNGUN


Semalam aku tetiba saja teringatkan sekolah lama... Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Dungun(SKKD). Rindu sungguh aku pada teman2 lama yang sama2 bersekolah bersamaku dulu.. Semuanya entah ke mana.. Cuma baru-baru ini sahaja aku bertemu beberapa kawan-kawan lama dalam facebook. seronoknya perasaan time tu. Entah berapa lama aku tidak menjejakkan kaki ke Dungun,Terengganu.. seingatku hampir 11-12 tahun agaknya. Pasti banyak benda yang sudah berubah.. Apa sekalipun,kenangan manis akan tetap tersimpul rapi dalam ingatan..


 

05 Disember, 2009

BIGGEST LOSER


Ini lah tajuk pilihan hari ini. Kenapa? Kerana baru sahaja sebentar tadi aku menimbang berat badan. Keputusan nya ??? Mana boleh bagitahu.. :-) Tapi kalu aku katakan lebih separuh dari baju-baju ku sudah terasa ketat bila di pakai, dah tentulah kalian semua boleh agak kan.. Aku Obesiti !!! :- (Inilah akibatnya kalu makan ikut suka nafsu ) Bukan lah mudah nak turunkan walau 1 kilo tau. Bagi mereka yang pernah ada masalah berat badan, tentu teramatlah memahami bagaimana sukarnya untuk membuang lemak namun teramat lah senang untuk menambah beberapa kilo lagi dalam masa yang singkat. Kan ! Kan ! 


Seperti biasa ini kan sudah penghujung tahun. Macam la tak biasa pasang azam awal tahun untuk kurus kan! Hahaha.. Aku pun lebih kurang sama..  Tapi aku harap usaha aku ini membuahkan hasil. Aku muda lagi ( muda ek? ;-p ) Lagi pulak bermacam-macam penyakit pelik-pelik ada sekarang ini tak kira usia. Takut laaa...


Apa inspirasi kalian bagi kurangkan berat badan? Erm.. sekarang kan musim The Biggest Loser Asia.. Boleh juga la ambil tips dari program  realiti tu kan. Tapi aku geram sebenarnya bila tengok part peserta yang nama Desmond tu buat keputusan nak berhenti. Baru sahaja first day dah nak mengalah. Bukan apa, kasihan pada peserta lain yang beria-ia nak masuk program ni. Dia sia-siakan peluang macam tu sahaja. Tak tahu la kan. Itu yang aku nampak dari luaran.


Satu lagi, yang aku tak suka, masa sesi timbang berat. Kenapa lah peserta perempuan kena tanggalkan baju pula ? Apa salahnya pakai je baju t-shirt tu. Kalau kat Barat tu aku tak la hairan. Tak suka la tengok macam tu kan. Aku kuno ke? Erm.. tak ape lah jadi kuno pun dalam hal-hal begini. Anda bagaimana pula?


Myspace Inspiration Graphics Quotes

04 Disember, 2009

PERPISAHAN


Ini boleh dikatakan minggu terakhir sebelum aku pulang ke kampung. Untuk pengetahuan kalian semua, aku akan berpindah. Alhamdulillah, permohonan aku untuk sambung belajar sudah di terima.. yeay! Sudah tua-tua baru nak sambung belajar.. :-) tapi tak apela ye,menuntut  ilmu itu bukan kah tidak kira usia. Better late than never,iye tak?


Berpindah, bermakna banyak perkara yang akan berubah.. Aku tinggalkan teman-teman yang sungguh baik hati di sini,entah bila agaknya bersua kembali. Selain itu, yang membuat aku sedih, aku terpaksa berjauhan dengan suamiku. Kata suamiku, tak semua yang kita nak, kite akan dapat. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk segulung ijazah. Kata suamiku lagi, tidak mengapa sekarang ini kita bersusah-susah sedikit demi kesenangan esok hari..


Tipulah kalau aku katakan aku tidak risau.. Mana-mana wanita yang bergelar isteri, pasti faham maksudku. Yang belum bergelar isteri @ bakal menjadi isteri pun rasanya faham kan.. hehehe.. Apapun,aku serahkan semua itu pada Allah S.W.T. Insyaallah..semua akan berjalan lancar. Lagipun, 3 tahun sahaja.. Tak la lama sangat.. Hurmmm.. Tak lama ke tu ? :-)





Myspace Love Graphics Quotes

Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez