24 Disember, 2009

DUNGUN


Semalam aku tetiba saja teringatkan sekolah lama... Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Dungun(SKKD). Rindu sungguh aku pada teman2 lama yang sama2 bersekolah bersamaku dulu.. Semuanya entah ke mana.. Cuma baru-baru ini sahaja aku bertemu beberapa kawan-kawan lama dalam facebook. seronoknya perasaan time tu. Entah berapa lama aku tidak menjejakkan kaki ke Dungun,Terengganu.. seingatku hampir 11-12 tahun agaknya. Pasti banyak benda yang sudah berubah.. Apa sekalipun,kenangan manis akan tetap tersimpul rapi dalam ingatan..


 

BERKORBAN


Orang yang belum berkahwin , adakah mereka faham situasi orang yang dah berkahwin? Faham tak ayat ni? :-) erm.. hari ni nak cerita sedikit,lagi tepat,nak meluahkan perasaan yang terbuku. Tak di nafikan ada juga segolongan orang yang belum berumahtangga faham situasi golongan yang sudah berkahwin. Tapi sejauh mana mereka faham? Pada pendapat aku, mereka belum benar-benar memahami selagi mereka tidak merasai sendiri. Judgement melalui persekitaran manakan sama dengan merasai sendiri. Itu lah sebabnya sentiasa kita dengar "dah kahwin nanti, baru kau tau'.


Sukarnya nak menjaga hati semua orang dalam satu masa yang sama. Nampak remeh, tetapi percayalah, itulah perkara yang paling sukar nak di lakukan bila sudah berumahtangga. Boleh ke kita memuaskan hati setiap orang dalam satu masa?  Aku rasa pembaca yang sudah berkahwin, pasti faham maksudku. End of the day, kita kena pilih priority perasaan siapa yang perlu kita utamakan dahulu. Susah kan! Ibarat tarik rambut dalam tepung. Bukan senang nak jaga rambut supaya tak putus tanpa selerakkan tepung kan! Perasaan kita, selalunya jadi yang terakhir untuk di kisahkan. Mana nak jaga hati suami, hati ibu bapa,mertua,adik beradik, ipar duai dan bermacam-macam lah lagi. Itu belum campur lagi kalau relation bermasalah.


Kata mak, dalam apa jua situasi perkahwinan, wanita yang bergelar isteri lah yang paling banyak perlu berkorban perasaan. Pesanan ikhlas buat semua yang bergelar wanita- bersabarlah...kena sentiasa ikhlas dalam berkorban, barulah bernilai erti pengorbanan yang kita lakukan. Niat kerana Allah.Insyaallah, dalam pengorbanan itu pasti ada teselit kemanisan di akhirnya.. ;-)



23 Disember, 2009

STUDENT


Secara rasmi aku jadi student kembali selepas menyempurnakan sesi pendaftaran 4 hari lepas. Situasi sama, cuma perasaan agak berbeza. Lagipula, sistem sudah banyak yang berubah. Maklum sahaja, teknologi bgrgerak pantas, sentiasa tidak terkejar di buatnya. Perasaan risau tidak dapat di nafikan. Mana tidaknya, sudah bertahun zaman belajar ni di tinggalkan,tapi kata mak, yang penting kita berusaha. Jangan mengalah sebelum berjuang. Kena sentiasa positif . Biar segala pengorbanan yang terpaksa aku lakukan untuk belajar ni berbaloi. Agak confius juga hendak membiasakan diri dengan rutin baru, tapi kata orang, alah bisa tegal biasa, tidak gitu? :-)



05 Disember, 2009

BIGGEST LOSER


Ini lah tajuk pilihan hari ini. Kenapa? Kerana baru sahaja sebentar tadi aku menimbang berat badan. Keputusan nya ??? Mana boleh bagitahu.. :-) Tapi kalu aku katakan lebih separuh dari baju-baju ku sudah terasa ketat bila di pakai, dah tentulah kalian semua boleh agak kan.. Aku Obesiti !!! :- (Inilah akibatnya kalu makan ikut suka nafsu ) Bukan lah mudah nak turunkan walau 1 kilo tau. Bagi mereka yang pernah ada masalah berat badan, tentu teramatlah memahami bagaimana sukarnya untuk membuang lemak namun teramat lah senang untuk menambah beberapa kilo lagi dalam masa yang singkat. Kan ! Kan ! 


Seperti biasa ini kan sudah penghujung tahun. Macam la tak biasa pasang azam awal tahun untuk kurus kan! Hahaha.. Aku pun lebih kurang sama..  Tapi aku harap usaha aku ini membuahkan hasil. Aku muda lagi ( muda ek? ;-p ) Lagi pulak bermacam-macam penyakit pelik-pelik ada sekarang ini tak kira usia. Takut laaa...


Apa inspirasi kalian bagi kurangkan berat badan? Erm.. sekarang kan musim The Biggest Loser Asia.. Boleh juga la ambil tips dari program  realiti tu kan. Tapi aku geram sebenarnya bila tengok part peserta yang nama Desmond tu buat keputusan nak berhenti. Baru sahaja first day dah nak mengalah. Bukan apa, kasihan pada peserta lain yang beria-ia nak masuk program ni. Dia sia-siakan peluang macam tu sahaja. Tak tahu la kan. Itu yang aku nampak dari luaran.


Satu lagi, yang aku tak suka, masa sesi timbang berat. Kenapa lah peserta perempuan kena tanggalkan baju pula ? Apa salahnya pakai je baju t-shirt tu. Kalau kat Barat tu aku tak la hairan. Tak suka la tengok macam tu kan. Aku kuno ke? Erm.. tak ape lah jadi kuno pun dalam hal-hal begini. Anda bagaimana pula?


Myspace Inspiration Graphics Quotes

04 Disember, 2009

KAKTUS PERSAHABATAN


ku tinggalkan kaktus ini khusus untukmu,
dengan pesanan ia mudah hidup
biarpun berhari-hari kau biarkan ia tuntas,
ia akan tetap besar dan bercambah,
kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah,



asalkan setiap kali kau melintasi
lemparkan seyumanmu di sini,
tahulah aku, kau sayang padanya.



kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini padamu,
peliharalah ia dengan kemanjaan dan perhatian,
berikan ia pasu baru bila tiba waktu
ia akan menjadi remaja dan dewasa,
tajam durinya lambang kemurnian hatimu,



sahabat
jika kaktus itu aku,
sudikah kau tersenyum dan tukarkan pasu..
sedangkan kau tahu durinya bisa melukakan jemarimu,
lalu tidak lagi kurasakan sentuhan,
yang tinggal mungkinlah perhatian
yang menjadi baja menyuburkan ingatan.




Best kan puisi ni..aku ingat semua bait kata walaupun dah berkurun lama. Ni nostalgia kuno, :-p hadiah dari kawan waktu zaman sekolah dahulu.. rasanya masa itu aku dalam tingkatan 3.kalu tak silap tahun 1997. sekarang ni dah hampir ke penghujung 2009. Maknanya lebih kurang 12 tahun puisi ini ada dalam simpanan aku..  Dah boleh di kategorikan surat antik dah ni kan !


Aku rasa puisi ini tentu popular kan, tapi aku tak pasti la siapa penulis sebenarnya.. ampun pada penulis sebenar kalu terbaca entri ini.. halalkan yer aku postkan di sini. :-) Orang yang beri aku puisi ini adalah orang yang sangat rajin tuliskan aku surat masa zaman belajar dahulu.. Dari dia juga aku belajar pasal puisi-puisi dan penulisan puitis. Besar jasa dia pada aku dari segi penulisan ni.


Tapi sayang, kami dah lost contact begitu lama. Kali terakhir aku jumpa dia 5 tahun lepas.. Oppss.. untuk pengetahuan kalian,kawan aku itu adalah lelaki ye..  aku kenal die dari abang aku. Dia tua 4 tahun dari aku. Selalu motivate aku pasal pelajaran. Lama kelamaan jadi rapat sebab minat aku dengan die banyak persamaan. Tak pernah lah menyimpang soal hati dan perasaan. aku budak baik okeyyy ! :-p Memang dia ni kategori kawan sejati.  apepun.. aku doakan die sejahtera walau di mana aje die berada..


PERPISAHAN


Ini boleh dikatakan minggu terakhir sebelum aku pulang ke kampung. Untuk pengetahuan kalian semua, aku akan berpindah. Alhamdulillah, permohonan aku untuk sambung belajar sudah di terima.. yeay! Sudah tua-tua baru nak sambung belajar.. :-) tapi tak apela ye,menuntut  ilmu itu bukan kah tidak kira usia. Better late than never,iye tak?


Berpindah, bermakna banyak perkara yang akan berubah.. Aku tinggalkan teman-teman yang sungguh baik hati di sini,entah bila agaknya bersua kembali. Selain itu, yang membuat aku sedih, aku terpaksa berjauhan dengan suamiku. Kata suamiku, tak semua yang kita nak, kite akan dapat. Inilah harga yang perlu aku bayar untuk segulung ijazah. Kata suamiku lagi, tidak mengapa sekarang ini kita bersusah-susah sedikit demi kesenangan esok hari..


Tipulah kalau aku katakan aku tidak risau.. Mana-mana wanita yang bergelar isteri, pasti faham maksudku. Yang belum bergelar isteri @ bakal menjadi isteri pun rasanya faham kan.. hehehe.. Apapun,aku serahkan semua itu pada Allah S.W.T. Insyaallah..semua akan berjalan lancar. Lagipun, 3 tahun sahaja.. Tak la lama sangat.. Hurmmm.. Tak lama ke tu ? :-)





Myspace Love Graphics Quotes

TAMAK


Nak cerita pasal Hindi Movie today. Alkisahnya,aku menonton berseorangan kerana suamiku standby duty pada malam semalam . Isteri-isteri tentera, pastilah dah sedia maklum maksud standby duty tu. Bagi yang kurang maklum, standby duty tu maksudnya, extra kerja ,kena overnight di ofis yang di tetapkan.



Dah lama sebenarnya aku tidak menonton cerita hindi.. Bukan apa, zaman budak-budak dahulu, aku minat la juga cerita hindi. Bila dah meningkat dewasa ini, mahu pengsan rasanya nak tunggu cerita bersambung bila di selitkan lagu-lagu yang panjang berjela.. Ada juga yang suka kot, tapi aku memang kurang gemar bila tengah-tengah feeling tengok cerita lepas tu diganggu dengan lagu-lagu mendayu-dayu seperti itu.. Jadi, bila setiapkali lagu hindi tu start, aku apalagi, terus tekan channel lain untuk sementara.



Dah tengok channel lain tu, kebetulan best pulak, dah sayang pulak nak skip.. aduiiii... nak skip cerita hindi tadi pun rasa sayang juga.. Last-last, remote tv jadi mangsa di tekan berulang kali.. hehehe.. kejam kan aku. kesian remote tv tu. Habis tengok cerita, aku dah start rasa pening.Mau nya tidak, tamak..dua-dua nak pulun tengok . Haaa... rasakan ! Moral of the story,jangan tamak haloba yer kawan-kawan :-)



Myspace Inspiration Graphics Quotes

POSITIF


Hari ini berlalu seperti biasa. biasa, maksudku tiada apa yang menarik hati. Selain dari rutin harianku yng memenatkan, mindaku juga menerawang tentang hari-hari yang muram kebelakangan ini... seorang perempuan, pastilah hatinya lembut bak sutera.. mudah terluka, mudah pula ceria..mudah menerima, mudah memaafkan namun bukan lah mudah menyerah..

Selalu sahaja aku dengar dari orang-orang di sekelilingku agar berfikiran positif.. mudahkah sebenarnya untuk positif? Sejujurnya aku katakan tidak.. bukan mudah untuk menjadi positif kerana lumrah kita sebagai manusia.. Namun tidak pula bermakna kita tidak boleh mencuba bukan.. Jadi..itulah yang aku cuba lakukan sekarang ini, cuba berjiwa positif .. harap kalian juga sama sepertiku..

Dua hari lepas, aku membelek kembali buku motivasi  berjudul "Nak Ke Tak Nak" karya Dr. HM Tuah Iskandar. Seingat aku, sudah lebih 5 tahun buku ini berada dalam simpananku dan sudah berkali-kali jugalah aku membaca buku itu.. paling aku suka, Dr. Tuah ini selamba gaya penulisannya.. Aku ingin kongsikan di sini bersama kalian satu ungkapan yang aku suka dari buku ini. " Apabila seseorang itu mengatakan dia pandai,sebenarnya di situlah bermulanya satu kebodohan ".. Dalam maksud ungkapan ini, jadi kita sama-sama renungkan okey !

Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez