07 Mei, 2010

WARIS !!!!


Tahun ini genaplah empat tahun usia perkahwinanku bersama suami tercinta. Alhamdulillah.. sesungguhnya aku bahagia sekalipun kami masih belum di kurniakan cahaya mata. Kata suamiku, kena banyak bersabar..


Aku sungguh bertuah kerana suamiku tidak pernah mengungkit soal anak. Sekalipun begitu, naluri dan hati seorang isteri sepertiku, merintih sepanjang masa , aku kerinduan pada seorang bayi... Ku yakin suamiku juga begitu walaupun dia tak pernah menyatakan. Kadangkala aku menangis sendirian tanpa sebab. Entah mengapa aku jadi cengeng bila sahaja soal waris menjengah ke pintu hati. Aku memang tidak pernah menangis di depan sesiapa berkaitan hal anak. Aku begitu pandai mengawal emosi serta riak wajah dan rasa-rasaku setakat ini tiada sesiapa yang mampu mengesan gelora hati. Tetapi setiap malam, air mata ini tumpah.. Tidak bermakna aku menyesali atau menidakkan takdir, cuma sekadar melepaskan pilu hati sendiri.Tiada yang mengerti hati seorang aku, melainkan mereka2 yang pernah / sedang melalui keadaan yang sama sepertiku.


Bila sahaja pulang ke rumah keluarga ku atau mertua, aku harus jadi lebih tabah. Maklum sahaja, adik2ku yang belum mengerti akan selamba sahaja bertanya " bila la akak nk ade baby ni? kan dah lama dah kawin !. Makcik ana tu kawin lagi lambat dari akak tapi dah ade baby dah pun ". Itulah antara kata-kata2 yang sentiasa di ulang2. Budak2, ape la yang diorg tau kn. Ataupun adik2 iparku akan bercerita, baby si polan tu camtu, baby si polan ni mcmni dan mcm2 lagilah...  Aku pula cuma ketawa sekadar melindungi  emosi. Hai adik2ku sekalian, kalau lah kamu turut mengerti....


Ape sekalipun, aku tau ini dugaan dan aku redha dengan dugaan yang telah di tetapkan oleh Allah untukku. Aku tau, ada kegembiraan yang menantiku di sebalik air mata yang telah ku alirekan selama ini. mudah-mudahan.... insyaallah...


Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez