16 November, 2010

Doa Yang di Lupakan



Email yang di forward oleh my mother. Aku postkan di sini untuk renungan kite bersama :-) Tak Lupa juga, Salam Aidil Adha untuk semua. Maaf Zahir Batin.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar,setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah .Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

  

05 November, 2010

Ingat Mengingati !





Salam Jumaat yang mulia buat semua.. Macam dah plan2 pulak menulis setiapkali jumaat kan! Sebenarnye takdelah camtu pun, cuma 2 3 hari ni entah kenapa tak boleh nak edit blog.Bila bukak malam ni, elok pulak,boleh je pulak buat new post.  Itulah dia kata orang, kita merancang Tuhan menentukan..

Erm.. perasan tak banyak video youtube di siarkan di laman sosial facebook sekarang ni- macam yang kat atas nih !  Ramai yang share video2 untuk peringatan bersama. Video kat atas ni antara yang aku suka.. Masa mula2 tengok tu tersentap hati..Masyallah.. Ramai yang dah tengok video ni rasa nye tapi takpelah, ape salahnye share kat sini untuk yang belum lagi tonton kan ! Kan bagus saling mengingatkan hal kebaikan.

Aku terfikir juga, kenapa ye di Malaysia ni takde video@iklan yang camtu? Bagus ape iklan2 yang camni. Masa tengok video tu, aku suruh adik perempuanku yang bongsu tu (umo 9tahun)  tengok sekali. Die pun terkedu. Ade masa2 die nampak cam liat je solat, terus je aku ingatkan die pasal video ni. Alhamdulillah, ade kesan pada jiwa hijau die tu. 

Yang mana2 ade anak  yang sedang membesar tu,bagus jugak tonton video camni sama2,salah satu alternatif nak serap pendidikan agama dengan cara yang menarik. Maklum saje lah, budak2 sekarang ni, tak macam kita dulu2 kan. Zaman kita dulu2  kalau mak abah cakap, kalu tak dengar, terus je kena sebat. 

Sekarang ni budak2  kebanyakannye manja2, so kena la banyak psikologi bila masuk soal nak didik dan ajar bab2 agama supaya diorang tak memberontak. Memberontak kalu terang2 tu lain cerita jugak, pasal kita nampak. Kalau yang jenis memberontak dalam diam tu yang kita risau ! Depan kita semua dengar, semua angguk, belakang kita,masyallah.. Yang jenis camni yang kita risau sangat2 kan !

Benda-benda macam ni bagus kita terapkan sedari kecil kan. Mana-mana yang termampu jelah, Aku pun compang camping gak bab agama, tapi seperti yang aku katakan tadi, kita saling ingat mengingatkan.  Jangan lah pula bila orang ingat2kan kita hal2 yang baik, kita mula la nak tengok die tu sempurna atau tak untuk nasihatkan kita.. Kalu pada aku la kan, perkara yang baik, ape salahnye kita terima sekalipun orang yang ingatkan kita tu tak la alim mana, walau die tak la baik mana.. yang penting ape yang die nasihatkan tu perkara yang baik dan tak berlawanan dengan agama kita, tak gitu?




Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez