04 Disember, 2009

TAMAK


Nak cerita pasal Hindi Movie today. Alkisahnya,aku menonton berseorangan kerana suamiku standby duty pada malam semalam . Isteri-isteri tentera, pastilah dah sedia maklum maksud standby duty tu. Bagi yang kurang maklum, standby duty tu maksudnya, extra kerja ,kena overnight di ofis yang di tetapkan.



Dah lama sebenarnya aku tidak menonton cerita hindi.. Bukan apa, zaman budak-budak dahulu, aku minat la juga cerita hindi. Bila dah meningkat dewasa ini, mahu pengsan rasanya nak tunggu cerita bersambung bila di selitkan lagu-lagu yang panjang berjela.. Ada juga yang suka kot, tapi aku memang kurang gemar bila tengah-tengah feeling tengok cerita lepas tu diganggu dengan lagu-lagu mendayu-dayu seperti itu.. Jadi, bila setiapkali lagu hindi tu start, aku apalagi, terus tekan channel lain untuk sementara.



Dah tengok channel lain tu, kebetulan best pulak, dah sayang pulak nak skip.. aduiiii... nak skip cerita hindi tadi pun rasa sayang juga.. Last-last, remote tv jadi mangsa di tekan berulang kali.. hehehe.. kejam kan aku. kesian remote tv tu. Habis tengok cerita, aku dah start rasa pening.Mau nya tidak, tamak..dua-dua nak pulun tengok . Haaa... rasakan ! Moral of the story,jangan tamak haloba yer kawan-kawan :-)



Myspace Inspiration Graphics Quotes

Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez