04 Disember, 2009

POSITIF


Hari ini berlalu seperti biasa. biasa, maksudku tiada apa yang menarik hati. Selain dari rutin harianku yng memenatkan, mindaku juga menerawang tentang hari-hari yang muram kebelakangan ini... seorang perempuan, pastilah hatinya lembut bak sutera.. mudah terluka, mudah pula ceria..mudah menerima, mudah memaafkan namun bukan lah mudah menyerah..

Selalu sahaja aku dengar dari orang-orang di sekelilingku agar berfikiran positif.. mudahkah sebenarnya untuk positif? Sejujurnya aku katakan tidak.. bukan mudah untuk menjadi positif kerana lumrah kita sebagai manusia.. Namun tidak pula bermakna kita tidak boleh mencuba bukan.. Jadi..itulah yang aku cuba lakukan sekarang ini, cuba berjiwa positif .. harap kalian juga sama sepertiku..

Dua hari lepas, aku membelek kembali buku motivasi  berjudul "Nak Ke Tak Nak" karya Dr. HM Tuah Iskandar. Seingat aku, sudah lebih 5 tahun buku ini berada dalam simpananku dan sudah berkali-kali jugalah aku membaca buku itu.. paling aku suka, Dr. Tuah ini selamba gaya penulisannya.. Aku ingin kongsikan di sini bersama kalian satu ungkapan yang aku suka dari buku ini. " Apabila seseorang itu mengatakan dia pandai,sebenarnya di situlah bermulanya satu kebodohan ".. Dalam maksud ungkapan ini, jadi kita sama-sama renungkan okey !

Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez