24 Disember, 2009

BERKORBAN


Orang yang belum berkahwin , adakah mereka faham situasi orang yang dah berkahwin? Faham tak ayat ni? :-) erm.. hari ni nak cerita sedikit,lagi tepat,nak meluahkan perasaan yang terbuku. Tak di nafikan ada juga segolongan orang yang belum berumahtangga faham situasi golongan yang sudah berkahwin. Tapi sejauh mana mereka faham? Pada pendapat aku, mereka belum benar-benar memahami selagi mereka tidak merasai sendiri. Judgement melalui persekitaran manakan sama dengan merasai sendiri. Itu lah sebabnya sentiasa kita dengar "dah kahwin nanti, baru kau tau'.


Sukarnya nak menjaga hati semua orang dalam satu masa yang sama. Nampak remeh, tetapi percayalah, itulah perkara yang paling sukar nak di lakukan bila sudah berumahtangga. Boleh ke kita memuaskan hati setiap orang dalam satu masa?  Aku rasa pembaca yang sudah berkahwin, pasti faham maksudku. End of the day, kita kena pilih priority perasaan siapa yang perlu kita utamakan dahulu. Susah kan! Ibarat tarik rambut dalam tepung. Bukan senang nak jaga rambut supaya tak putus tanpa selerakkan tepung kan! Perasaan kita, selalunya jadi yang terakhir untuk di kisahkan. Mana nak jaga hati suami, hati ibu bapa,mertua,adik beradik, ipar duai dan bermacam-macam lah lagi. Itu belum campur lagi kalau relation bermasalah.


Kata mak, dalam apa jua situasi perkahwinan, wanita yang bergelar isteri lah yang paling banyak perlu berkorban perasaan. Pesanan ikhlas buat semua yang bergelar wanita- bersabarlah...kena sentiasa ikhlas dalam berkorban, barulah bernilai erti pengorbanan yang kita lakukan. Niat kerana Allah.Insyaallah, dalam pengorbanan itu pasti ada teselit kemanisan di akhirnya.. ;-)



Bina Ukhuwah





More Still Life Comments

SEORANG WANITA Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez